Setakat 10 Mac, umum mengetahui kebanyakkan negeri di Malaysia masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menghalang aktiviti merentas negeri kecuali bagi tujuan pelancongan.
Namun begitu, ia juga haruslah mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Terbaharu, nama aktress Bella Dally sekali lagi menjadi bualan selepas dilihat memuat naik foto melawati Velodrom Nasional Malaysia.

Terdapat netizen yang mempersoalkan caranya merentas negeri disebabkan pusat sukan tersebut berada di Nilai, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan atau pengakuan dibuat oleh Bella setakat ini.
Sebelum ini, Bella juga pernah terpalit dengan isu merentas negeri atas dakwaan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah Bentong Pahang pada Oktober, 2020.
Pelakon drama rantaian Adellea Sofea itu kemudian tampil memohon maaf atas kekeliruan selain menyatakan bahawa beliau masih berada dalam Selangor dan tidak merentas sempadan antara dua negeri.
Apa-apa pun, marilah kita cuba untuk bersangka baik. Kemungkinan foto yang dimuat naik itu ialah foto lama atau throwback yang tidak dinyatakan menerusi kapsyen.