Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bengang Bekalan Air Kena Potong Tanpa Notis, Zarina Zainuddin Nyaris Duduk Dekat Hotel

today24 February 2021

Background

Masalah bekalan air terputus sememangnya akan menyebabkan banyak kerja tergendala, lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Seperti apa yang terjadi terhadap pelakon Zarina Zainuddin, beliau agak terkejut dan berang apabila bekalan air di rumahnya telah dipotong tanpa diberi sebarang notis mengenai perkara tersebut.

Beliau telah memuat naik posting tersebut di laman Instagram miliknya dan akui berasa kecewa kerana perkara itu akan menyebabkan kesukaran kepada kedua-dua anak bujangnya yang mengalami penyakit autism.

Namun mujur dengan bantuan para pengikutnya di Instagram, ramai yang membantu memberikan info mengenai keadaan tersebut.

Ada antara mereka memberitahu bahawa Zarina perlu mendaftar bil melalui online dan setiap bulan bil akan di hantar melalui email sahaja.

Walaupun perkara itu akan memudahkan ramai orang tetapi masih ada segelintir masyarakat yang masih belum didedahkan mengenai kemudahan seperti itu.

Selepas beberapa jam mujur masalah bekalan air itu telah diselesaikan oleh pihak pengurusan kawasan perumahannya itu.

Nasib baik cepat selesai, Zarina dah hampir nak tempah bilik dekat hotel lagi tu ya.

Harapnya Zarina terus bersabar dan kuat ya, lagi-lagi dalam hal menguruskan kedua-dua anaknya iaitu Azal dan Azil.

Sumber foto: Instagram Zarina Zainuddin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Gelagat Dua Ekor Ayam Ini Cari Pasal Saja Patuk Kucing Tengah Berehat Bikin Dekah

Menerusi video berdurasi 16 saat berkenaan, kelihatan seekor kucing berwarna putih kelabu dilihat sedang berehat sendirian.Namun, lain pula yang terjadi apabila dua ekor ayam nakal di situ cuba menggangu kucing tersebut dengan mematuk kepalanya berulang kali.Apa yang lebih melucukan adalah apabila si meow mula merasa geram kerana dikacau dan bertindak menyerang seekor ayam itu dengan memukulnya.

today24 February 2021