Sekitar Februari tahun lalu, pelakon Intan Najuwa dilihat seperti memberi teka teki kepada pengikutnya apabila beliau dikatakan telah putus tunang tetapi tidak lama kemudian pada Januari lalu pula beliau seperti memberi bayangan sudah berbaik semula bersama dengan bekas tunangnya itu.
Namun muncul pula satu berita yang kononnya pelakon kacak Zul Ariffin ‘bertanggungjawab’ atas apa yang terjadi.
Ada beberapa gosip liar mengatakan Zul telah menjadi punca keretakan hubungan itu selepas mereka berdua digandingkan di dalam drama Setelah Aku Dimiliki.
Terkejut dengan perkara itu, Intan telah memuat naik dua Instagram story berkaitan isu tersebut dan beliau turut menafikan perkara itu.
Difahamkan semua ini berlaku selepas Intan memuat naik Instagram story jawapan Ask Me Question yang ditanyakan oleh pengikutnya.
Dalam masa yang sama, Intan turut berasa kesal apabila cerita mengenai putus tunangnya masih lagi menjadi perhatian ramai.
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja lah dan paling penting sekali, jangan pernah sebarkan berita yang tidak sahih kepada umum!
Baca juga artikel sebelum ini:
“Get Back To Ex” Intan Najuwa Beri Bayangan Kembali Dengan Bekas Tunang?
Sumber foto: Instagram Intan Najuwa