Memandangkan Aidilfitri bakal disambut pada 13 Mei nanti, sudah semestinya membuatkan ramai orang sudah mula menghias rumah mereka.
Tidak ketinggalan, pelakon Hanis Zalikha turut sudah mula membentang permaidani baharu di ruangan rumahnya sambil disaksikan oleh suami dan dua anak kesayangannya itu.

Video yang dimuat naik oleh Hanis menunjukkan Hairul Azreen bersama dengan Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang bersuka ria berlari di atas karpet baharu mereka.
Namun lain pula yang terjadi di ruangan komen video tersebut apabila ramai pengikut Hanis meninggalkan komen tentang karpet yang digunakan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.
Rata-rata mereka sempat bertanya adakah karpet itu dibeli di Nilai 3 atau hanya di beli sekitar sini sahaja tanpa perlu merentas negeri, seperti yang dilakukan oleh selebriti Noor Neelofa.
Amboi, sempat je ya netizen nak perli lagi tu.
Tapi cantik juga karpet yang Hanis beli tu ya, nampak koridor rumahnya bertambah berseri pula.
Sumber foto dan video: Instagram Hanis Zalikha