Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Berang Dengan Pihak Yang Langgar SOP, Michael Ang Suruh Guna Otak!

today26 March 2021

Background

Akhir-akhir ini kecoh tentang beberapa pihak yang dilaporkan mengabaikan garis panduan yang diarahkan oleh pihak kerajaan.

Hal ini membuatkan ramai berang kerana rakyat Malaysia pasti menunggu untuk kes harian COVID-19 terus menurun dan mengharapkan arahan sekatan rentas negeri untuk berakhir.

Oleh itu isu melanggar garis panduan amatlah menjadi tumpuan orang ramai.

Pada 25 Mac 2021, pengarah tersohor Michael Ang telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Hantaran itu menegur pihak yang melanggar garis panduan atau SOP, kerana ia turut menjejaskan orang lain di Malaysia.

Menurut caption:- 

“Salam semua! Sila hadam ok! Jgn ikut tekak kau org aje. Sebab satu dua manusia bodoh satu Malaysia kena tanggung! Luv u all n stay safe!”

Peringatan daripada Michael itu adalah satu tindakan yang sangat baik untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa pentingnya menjaga garis panduan.

Dalam pada itu, hantaran Michael ini mendapat sokongan ramai pada ruangan komen.

Setuju dengan Michael Ang, kerjasama untuk patuh garis panduan adalah tanggungjawab semua!

 

Baca artikel berkaitan: Zed Zaidi Mahu Penggiat Seni Terima Vaksin Dahulu, Ini Komen Michael Ang Dan Selebriti Lain

Sumber: Instagram Michael Ang

Written by: Hasanah Yusof


Previous post