Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Berang Janji Temu Vaksin Covid 19 Ditukarkan, Hadi Putera ‘Ditegur’ Netizen Kerana Bahasa Kurang Sopan

today10 May 2021

Background

Baru-baru ini pelakon aksi terkenal iaitu Dato Mohamed Hadi Putera meluahkan rasa berang mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 yang sudah didaftarnya sebelum ini di World Trade Center Kuala Lumpur telah ditukarkan ke cawangan vaksinasi di negeri Kelantan secara tiba-tiba tanpa pengetahuannya.

Perkara itu diluahkan oleh beliau di dalam laman sosial Instagram miliknya :

“KERAJAAN GAGAL SERIOUS GAGAL!!!

Saya buat temujanji Vaksin di MY Sejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 1130am. Hari ini saya buka MY Sejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar. Saya duduk KL bukan Kelantan B****H !!

@kkm_putrajaya
@kkm.malaysia @kementeriankesihatanmalaysia”

Menurut Hadi, beliau telah mula membuat janji temu untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sejak 17 Mac lalu dan terkilan kerana lokasi vaksin beliau secara tiba-tiba ditukarkan beberapa hari sebelum janji temunya di World Trade Center Kuala Lumpur yang sepatutnya dijadualkan pada 16 Mei 2021.

Malah apa yang lebih membuat beliau kesal adalah lokasi yang ditukarkan itu bukan tempat tinggalnya sedangkan beliau menetap di Kuala Lumpur.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tampil menasihati dan ‘menegur’ Hadi supaya menjaga bahasa dan meminta beliau untuk membuat panggilan kepada pihak tertentu untuk periksa kembali janji temu yang mungkin mempunyai masalah teknikal.

Lihat respon-respon netizen mengenai perkara ini :

Selepas ‘ditegur’ oleh netizen-netizen di Instagram, Hadi memuat naik kembali foto aplikasi Mysejahtera tersebut dan menukar kapsyen beliau kepada kapsyen yang lebih ‘berbahasa’.

Walaupun menerima kecaman disebabkan hantaran tersebut, beliau cepat belajar dari kesilapan dan terima teguran daripada netizen. Bagus lah Hadi ni!

Min berpendapat mungkin aplikasi Mysejahtera mempunyai masalah teknikal yang menyebabkan temu janji pelakon itu ditukarkan ke cawangan vaksinasi di Kelantan, mungkin beliau perlu double check dan menukar kembali janji temu dengan menghubungi talian pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1800-888-828.

Sumber : Instagram Dato Hadi Putera

Written by: Fieyna Azman


Previous post