Membawakan watak Nadia dalam drama Sabarlah Duhai Hati, nama pelakon Iman Suhana semakin dikenali ramai.
Lakonan beliau pula penuh dengan penghayatan sehinggakan watak yang dibawakannya benar-benar menjadi.
Pada 1 Jun 2021, pelakon itu telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau yang menunjukkan bakatnya dalam seni suara pula.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: “Baik Pilih Ita,” Nazim Othman Puji Kecantikan Dan Bakat Iman Suhana
Video yang dikongsikan adalah istimewa untuk para pengikut di media sosialnya itu.
“Goodnight.
Mimpi indah semuaa???”
Wah, merdu rupanya suara Iman Suhana!
Melalui ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi mereka dengan hantaran berkenaan.
Mungkin selepas ini Iman boleh mula berjinak-jinak dengan bidang nyanyian pula, siapa setuju?
Sumber: Instagram Iman Suhana