Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bercuti Bersama Rakan-Rakan Lelaki, Azfar Heri Jadi Pengantin Perempuan

today19 March 2021

Background

Jika pada zaman kanak-kanak, main ‘kahwin-kahwin’ menjadi satu kebiasaan untuk dilakonkan bersama kawan-kawan yang membesar bersama.

Ianya memang lucu namun memori itu sangan berharga jika dikenang kembali.

Namun berbeza pula permainan ini yang dilakonkan ketika dah besar dan hanya disertai golongan lelaki.

Pada 18 Mac 2021, selebriti media sosial iaitu Azfar Heri telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Melalui caption:-

“Takda apa pun, just boys on vacation ?” 

Hantaran itu menunjukkan sekumpulan teman-teman Azfar sedang bermain kahwin-kahwin.

Acara itu pula riuh dan dipengerusikan oleh chef selebriti Khairul Amin.

Menariknya, pengantin perempuan untuk lakonan itu adalah Azfar Heri yang memainkan wataknya dengan menyelitkan unsur lucu.

Di ruangan komen pula, ramai yang terhibur akan aksi yang ditunjukkan mereka ini.

Bila lihat mereka ni, rindu pula waktu ketika masih kanak-kanak.

Ha, anda pernah ke main macam ni dahulu?

 

Baca artikel berkaitan: Berpakaian Segak Ke JAWI, Azfar Heri Nak Kahwin?

Sumber: Instagran Azfar Heri

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Mourinho lebih daripada sedih | Harian Metro

Zagreb: Jose Mourinho mengkritik sikap pemain Tottenham selepas tewas mengejut kepada Dinamo Zagreb dalam saingan Liga Europa pagi tadi. Spurs berkunjung ke Croatia dengan kelebihan dua gol hasil jaringan Harry Kane pada aksi peringkat pertama minggu lalu tetapi hatrik Mislav Orsic membantu pasukannya menang 3-0 dan mara dengan agregat 3-2. Keputusan itu bermakna Spurs menjadi kelab Inggeris pertama berkelebihan dua gol pada saingan peringkat kedua Eropah yang tersingkir selepas... Klik […]

today19 March 2021