Connect with us

Yang Hangat

Berharap Anak Perempuan Kali Ini Adalah Yang Terakhir, Dato Aliff Syukri Mahu Bayi Lelaki Sahaja

Miliki wajah seperti barbie doll, netizen puji anak-anak Dato Aliff Syukri!

Published

on

“Kenapa last…kan muda lagi…setiap orang anak ada rezeki mereka…in sha Allah rezeki dato bertambah lagi bila ramai anak…in Shallah…ameen”

Anak adalah anugerah yang paling indah dalam kehidupan bagi setiap yang bergelar ibu-bapa, tidak cukup dengan rasa bahagia mereka juga merupakan pembawa rezeki bagi sesebuah keluarga.

Tanpa disedari, banyak rupanya kita menumpang berkat anak-anak, misalnya setiap urusan ibu-bapa dipermudahkan malah rezeki dalam pekerjaan juga merupakan limpahan dari keberkatan menjaga amanah Allah yang tidak ternilai.

Mengetahui hal itu, usahawan kosmetik terkenal Dato Aliff Syukri merupakan antara individu yang sememangnya mahu memiliki anak yang ramai dalam hidupnya meskipun sudah mempunyai 6 orang anak.

Kesemua anak-anaknya itu memiliki wajah yang begitu comel dan cantik sehingga dikatakan seperti mempunyai darah kacukan.

“Comel sangat Raudah ni…macam anak Mat Salleh…pipinya merah❤️❤️”

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Dato Aliff Syukri berkongsikan gambar dirinya dan anak perempuan bongsunya yang persis bak anak patung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Alis matanya halus, bibirnya pula mongel dan pipinya merah sekali! Cantiknya si Raudhah Arshiyah ini.

Walau bagaimanapun, menerusi caption hantaran yang dimuat naik oleh Dato Aliff Syukri, beliau menjelaskan bahawa kemungkinan anak gadisnya ini merupakan bayi perempuan terakhir yang mahu dimilikinya.

“My Anak dara pengarang jantung, rasanya ni last my babygirls kan???”

Ramai yang tidak menyangka bahawa usahawan ini seolah-olah tidak mahu lagi mempunyai anak perempuan dan sebaliknya menyangka bahawa berkemungkinan Dato Aliff Syukri hanya meinginkan keturunan lelaki pula.

 

Mungkin bukan itu yang dimaksudkan oleh Dato Aliff, beliau semestinya mahukan zuriat lagi namun hanya menyangka yang anak seterusnya mungkin seorang bayi lelaki.

Tak salah mengharap, apa yang penting Dato Aliff Syukri dan keluarga sentiasa bahagia disamping membesarkan anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.