Connect with us

Yang Hangat

Berharap Lockdown Tak Sambung, Ramai Luah Perasaan Pada Posting Hairul Azreen

Ramai meluahkan rasa sedih dan kecewa sepanjang PKP ini kerana terkesan dengan apa yang berlaku

Published

on

Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang sepatutnya berakhir pada 28 Jun ini nampaknya masih menjadi tanda-tanya sama ada ia akan disambung lagi atau tidak.

Nampaknya kali ini posting yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen telah dijadikan tempat luahan perasaan oleh netizen disebabkan rasa kekecewaan sepanjang PKP 3.0 ini.

Ruangan komen itu dipenuhi dengan kata-kata kesedihan sesetengah pengikutnya di laman Instagram.

Posting Hairul berbunyi tentang harapan rakyat Malaysia tentang situasi kini dan siapa sangka ramai yang sedang mengalami kekecewaan.

Dalam masa yang sama, ramai yang berharap agar proses pemberian vaksin dapat dipercepatkan supaya kita semua dapat hidup bebas tanpa virus COVID-19.

Semoga kita dapat mendengar khabar berita yang baik tidak lama lagi.

Teruskan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini dan sentiasa menjaga SOP setiap kali berada di luar rumah.

Sumber foto: Instagram Hairul Azreen

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.