Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Beri Alasan Mahu Rentas Negeri, Ini Reaksi Netizen Kepada Hafiz Mahamad

today2 May 2021

Background

Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan pasti ramai yang kecewa apabila larangan rentas negeri masih lagi berjalan.

Bagaimanapun, itu adalah langkah terbaik bagi mengawal penularan virus COVID-19.

Pada 2 Mei 2021, usahawan Hafiz Mahamad telah memuat naik satu video melalui Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Baca artikel berkaitan: Jumpa Staf Sendiri Jadi Penghantar Makanan, Hafiz Mahamad Hulur Duit Suruh Pulang Ke Rumah

Berdasarkan caption:-

“Mood Raya Corona”

Alasan “Rentas Negeri” no berapa paling sakit hati dalam video ni?

Tahun ni confirm banyak alasan pelik pelik orang nak “rentas negeri” balik raya

Macamana la kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, Frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!

Video tersebut menunjukkan alasan-alasan yang diberikan Hafiz untuk merentas negeri.

Namun semuanya tidak boleh diterima sebagai alasan kukuh berdasarkan perkongsian tersebut.

Terdapat satu alasan yang dikemukakan Hafiz iaitu ‘RINDU MAK AYAH’.

Namun balasan daripada pihak frontliners juga agak menyedihkan apabila mereka membalas ‘KAMI PUN RINDU MAK AYAH JUGAK’.

Benarlah, semua orang pun rindu untuk bertemu ibu bapa termasuklah para petugas barisan hadapan.

Oleh itu, patuhlah segala garis panduan untuk mengelak jangkitan COVID-19.

Sementara itu, perkongsian Hafiz mendapat perhatian ramai.

Semoga COVID-19 akan cepat pergi daripada kehidupan kita.

 

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Sedap Sangat Sirap Ni”

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @mintgemuk, kelihatan kucing Oyen bernama Mint itu mencelup tangannya beberapa kali ke dalam cawan yang berisi air sirap.Apa yang menghiburkan adalah ia dilihat sangat dahaga sehingga tidak berhenti mencelup air sirap milik tetamu tuannya. Walaupun si tuan sudah menegur kelakuannya itu, Mint tidak menghiraukan malah terus menyambung mencelup air sirap tersebut."Orang punya air kau kebas Mint, dahaga ke Mint? Nanti minum […]

today2 May 2021