Woww, siapa sangka daripada seorang yang mengakui dirinya mempunyai ‘tone deaf‘, pelakon Riena Diana berjaya menyahut cabaran Geng Pagi Hot dalam segmen Nyanyi Je Riena!
Pelakon yang dikenali sebagai watak Lailer itu telah berjaya menyampaikan lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dan untuk makluman, Riena hanya diberi masa selama lima hari sahaja untuk berlatih bersama dengan guru vokalnya iaitu Mark Adam.
View this post on Instagram
Menurut Riena, walaupun cabaran ini agak berat buat dirinya tetapi ia bukan lah satu halangan buat dirinya.
Lebih menarik lagi, Mark Adam turut menyampaikan lagu Perfect nyanyian Ed Sheeran dan Fizie juga terpaksa menyumbangkan suaranya bagi menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal Andmesh Kamaleng.
Sesi nyanyian tersebut turut ditonton oleh ribuan orang di Facebook Live, Instagram Live dan YouTube HotTV Live.
Nampaknya memang ramai yang sukakan suara Riena ya.
Lepas ni boleh la Riena menyanyi lagi, mungkin boleh jadi penyanyi juga ke?
Sumber foto dan video: Instagram Hot FM