Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Berkawan Baik Sejak Usia Muda, Netizen Lihat Zoey Rahman Dan Zarina Anjoulie Secocok

today30 June 2021

Background

Nama pelakon Zarina Anjoulie atau Anju sentiasa hangat dengan kontroversi.

Namun beliau mempunyai peminat yang tersendiri yang suka menyokong apa yang dilakukannya.

Pada 29 Jun 2021, pelakon Zoey Rahman telah memuat naik satu foto bersama dengan Anju untuk memberitahu tentang satu sesi siaran langsung melalui Instagram yang ingin dilakukan bersama pada malamnya.

Baca artikel berkaitan: “Baka Matsalleh” Zarina Anjoulie Kongsi Wajah Adik Lelaki Kacak, Ramai Pula Peminat Cuba Nasib

Melalui siaran langsung tersebut, Anju dan Zoey ada memberitahu tentang persahabatan mereka yang sudah lama bermula ketika mereka mula-mula berlakon dahulu.

Zarina turut memuji wajah Zoey kini yang kelihatan awet muda walaupun usianya sudah 36 tahun.

Sementara itu melalui ruangan komen, ada netizen yang merasakan mereka kelihatan sepadan.

Baguslah Zoey dan Anju kerana masih lagi mengekalkan persahabatan mereka walaupun sudah lama tidak terlibat dengan projek lakonan bersama.

 

Sumber: Instagram Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie

Written by: Hasanah Yusof