Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Berkongsi Kisah Suka Duka, Siti Sarah Tunjukkan Tempat Dirinya Membesar

today25 March 2021

Background

Kesenangan yang datang dalam hidup tidaklah tiba dengan mudah.

Ia hadir dengan usaha keras dan sikap sentiasa ingin tingkatkan pencapaian diri.

Pada 24 Mac 2021, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan beberapa foto yang berkaitan dengan tempat Sarah membesar dahulu.

Melalui caption:-

“MasyaAllah, sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Maybe ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.”

Sarah juga menunjukkan tempat beliau bersekolah dan mengaji.

“Ni lah Sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. awal-awal jadi artis pon ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha”

Selain itu, beliau juga bercerita tentang keadaan sukar dilalui keluarganya akibat krisis kewangan pada 1997.

“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya. Takda job langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta. Kerana tanggungjawab yg besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai. Dan roti canai tuuu… #NeverGiveUp #AkuNakKaya”

Namun, semua itu menjadi penguat kepada beliau untuk menjadi Siti Sarah pada hari ini.

Beliau seorang yang kuat dan cekal.

Semoga perkara baik yang ditunjukkan beliau ini mampu menjadi pembakar semangat untuk orang lain juga.

 

Baca artikel berkaitan: “Dia Tak Tahu Penat Tu Apa, Tak Pandai Curi Tulang” Siti Sarah Dedah Perangai Sebenar Shuib

Sumber: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

ezgif-3-4adb93dc7636

Sosial

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Baru sahaja dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya Corporation (BCorp) pada minggu lalu, Jalil Rasheed selaku mantan CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) nampaknya tidak menunggu lama untuk membeli saham syarikat kendalian beliau dengan jumlah yang besar. Berdasarkan laporan, Jalil Rasheed berjaya mendapatkan 70 juta saham BCorp dengan nilai mencecah RM20.3 juta. Pembelian pegangan saham sebanyak 1.3999%... Klik sini untuk […]

today25 March 2021