Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Berlakon Bukan Untuk Terkenal,” Nabila Huda Kongsi Tip Lakonan Secara Percuma Buat ‘Pelakon Kayu’

today3 June 2021

Background

Hanya berbekalkan jumlah pengikut yang ramai di media sosial, adakah pelakon-pelakon baharu ini layak diberikan peluang?

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai pandangan serta bebelan yang dilemparkan kepada beberapa pelakon yang baharu saja mahu menjejakkan kaki di persada seni namun belum sempat beraksi sudah diberi kritikan.

Kemunculan pelakon baharu dalam kalangan influncer dan instafamous menjadi bebelan hangat sehingga ada yang menggelarkan mereka sebagai aktor kayu dan sampah.

Mengetahui hal itu, pelakon terkenal Nabila Huda tampil memberi kata-kata semangat serta mendorong artis-artis baharu ini supaya sentiasa menimba ilmu.

Memuat naik beberapa video di laman Twitter, Nabila menyatakan dia sanggup untuk berkongsi segala ilmu yang dipelajarinya sepanjang kariernya bergelar pelakon secara percuma.

Nama Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil ini bukanlah calang-calang aktress dimana dia merupakan antara pelakon berbakat besar yang sering menempa nama di layar perak.

Beri apa sahaja watak, dia laksanakan dengan sempurna, mungkin bukan sikapnya untuk mengambil mudah tanggungjawab yang diberi, Abil akan memberi yang terbaik walaupun sekadar watak seminit dua.

Saya harap free class ni akan dapat membantu korang lebih faham dengan bidang yang korang nak buat ni. Saya pun masih belajar. Basic knowledge cara saya ni cukup untuk korang jadi seorang actor yang baik, humble dan jujur pada masa akan datang”

Ramai yang mengakui kehebatan pelakon ini tatkala beraksi jadi tidak salah rasanya jika dia sendiri berbesar hati mahu berkongsi tips dan cara lakonan yang mungkin dapat membantu mereka yang minat akan bidang tersebut.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memuji personaliti Abil sebagai pelakon senior yang tidak kedekut ilmu malah mahu melatih pelapis-pelapis baharu yang berminat untuk berkecimpung dalam dunia seni.

“Pelakon baru semua adalah pelapis. Jadi kena jadi pelapis yang baik untuk bagi contoh pada generasi yang akan datang. So that Basic knowledge ni takkan pudar walau macamana advance pun dunia pada waktu tu. Percaya lah, it helps! ❤️”

Wah! Ini betul-betul peluang keemasan ni buat mereka yang berminat, bukan kerusi pengarah menjadi dambaan buat Abil ini namun, dia memasang impian besar untuk bergelar pengarah sinematografi.

Apa-apa pun, semoga berjaya Abil!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Twitter Nabila Huda

Written by: Azra Azuar


Previous post