Sebelum ini kami ada kongsikan video Ardy Wira iaitu anak kepada pelakon Betty Rahmad yang lancar menghafal Alif Ba Ta walaupun baru berusia dua tahun.
Rupanya, anak pelakon Nora Danish juga turut menghafal Alif Ba Ta tetapi dengan menggunakan kaedah yang unik serta kreatif!

Mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dipanggil dengan nama manja Ney Ney itu kelihatan laju menghafal Alif Ba Ta sambil berusaha mengingati setiap huruf dengan menggunakan kaedah ‘mengira’.
Bertambah comel apabila cara sebutan Ney Ney tu ada juga terselit slang Mat Salleh ya, maklum la Nora dan suaminya, iaitu Nedim Nazri sering berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak di rumah.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah! Pandai mummy!”
Ramai pengikut di laman Instagram Nora memuji kebijaksanaan Ney Ney dan ada juga yang teruja melihat perkembangan si kecil itu walaupun baru berusia tiga tahun.

Dalam masa yang sama, Betty Rahmad juga sempat meninggalkan komen di posting tersebut dan turut mengajak anaknya, Wira untuk mengaji bersama Ney Ney nanti.

Sejuk perut Nora dan Betty melihat kepintaran anak-anak kecil mereka menghafal Alif Ba Ta!
Baca juga artikel sebelum ini:
Baru Umur 2 Tahun, Anak Betty Rahmad Dah Boleh Hafal Alif Ba Ta
Sumber video dan foto: Instagram Nora Danish
Post comments (0)