Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Bila Dia Minta Saya Tak Bagi” Kongsi Kisah Cinta Berputik, PU Riz Malu Neelofa Bocor Rahsia

today12 April 2021

Background

Kisah cinta yang menjadi tanda tanya, kini bekas pengacara terkenal Noor Neelofa akhirnya membuka mulut tentang bagaimana beliau mula jatuh cinta pada suaminya iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menerusi Instagram live yang dibuat bagi menerusi akaun Instagram Markaz Tijaari, Neelofa telah membocorkan rahsia kisah cinta mereka yang dikatakan mula berputik semenjak Ramadan tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by هـ & ن (@lofa.haris)

Ini lah Al-Quran yang Haris bawa untuk terawih dengan kitorang semua bulan Ramadan dulu, waktu cinta mula berputik. Haris tertinggal Quran kat rumah I lepastu I pun kebas.”

“I guna Quran ni untuk kelas tilawah, Haris mintak balik, I tak bagi sebab dah tanda. It’s mine now. Ikhlaas tak bagi ni?”

PU Riz kelihatan malu-malu apabila Neelofa mula membuka cerita namun masih lagi mampu untuk ketawa.

Rata-rata peminat yang menonton kembali video mereka di laman Instagram @lofa.haris turut terhibur melihat aksi pasangan pengantin baharu ini.

Mereka turut meminta agar Neelofa dapat kongsikan lagi kisah cinta mereka dengan lebih lanjut.

Amboi bukan main ya semua nak tahu macam mana dan Neelofa boleh jatuh cinta pada PU Riz.

Sumber foto dan video: Instagram Lofa.Haris dan Instagram Neelofa

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post