Site icon Hot FM

BTS Menang Besar Di MTV European Music Awards, Dynamite Dinobat Lagu Terbaik

Bintang K-pop BTS telah memenangi empat kategori dalam MTV European Music Awards (EMAs) 2020 pada 8 November 2020.

Lagu pertama mereka dalam bahasa Inggeris berjudul Dynamite dinobat sebagai lagu terbaik dalam anugerah itu.

BTS (방탄소년단) 'Dynamite' Official MV

Tiga lagi kemenangan yang diperoleh adalah kumpulan terbaik, persembahan virtual live terbaik, serta kumpulan yang memiliki jumlah peminat terbesar.

Anugerah tersebut telah diadakan secara virtual, tanpa kehadiran penonton untuk meraikan kejayaan itu.

BTS dianggotai oleh tujuh orang ahli iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook.

Pastinya peminat K-pop teruja dengan kemenangan yang diperoleh mereka terutamanya BTS ARMY!

Sumber: Reuters, Billboard

Exit mobile version