Hot FM

Buat Alasan Nak Main Penyapu, Cara Alisa Jawab Soalan Hanis Zalikha Ini Menghiburkan Ramai

Alisa Aisyah ialah anak perempuan kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Pada 31 Mac 2021, satu video telah dimuat naik melalui akaun Instagram Alisa.

Melalui caption:-

“Becuz… nak main penyapu” 

Perkara yang menarik tumpuan ramai adalah cara Alisa menjawab soalan yang diajukan Hanis.

Ini kerana kanak-kanak itu dilihat menunjukkan gaya seakan-akan berfikir terlebih dahulu sebelum menyatakan sebabnya membantu Hanis.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan pandangan orang ramai yang terhibur dengan aksi Alisa.

Bijak Alisa, pandai je dia jawab soalan mummy!

 

Baca artikel berkaitan: Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha

Sumber: Instagram Alisa Aisyah

Exit mobile version