Connect with us

Yang Hangat

Buat Content Cringe Perli, Akhirnya Fimie Don Bagi Ceramah Free Dekat TikTok

Fimie sering tampil dengan video content lain daripada yang lain sehingga membuatkan ramai tersentap

Published

on

Sekarang ni kalau tengok dekat aplikasi TikTok, ada macam-macam content dimuat naik oleh pengguna di laman tersebut termasuklah trend terbaharu yang semakin mendapat perhatian.

Kali ini, pelakon Fimie Don turut tidak mahu ketinggalan membuat video content yang sedang trending di Tiktok tetapi apa yang lebih menarik lagi ialah beliau melakukan satu tindakan yang membuatkan ramai tersentap.

@fimiedonofficialHUH ?!? ##whydikwhy?♬ original sound – Fimie Don

Video yang asalnya merupakan content cringe akhirnya telah menjadi video ceramah percuma kepada semua yang menonton.

“Kau nak apa? Perhatian? Tak cukup ke perhatian yang selama ni Tuhan bagi? Semua benda Tuhan bagi dekat kau, tubuh kau akal kau, runag untuk kau bercakap. TikTok kau. Kau masih perlukan perhatian?”

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut terkesan dengan video yang dilakukan oleh pelakon berusia 23 tahun itu.

Jadi rasanya lepas ni nak cakap lagi ke tak cukup perhatian sedangkan selama ini Allah S.W.T dah bagi banyak perhatian dan kasih sayang pada kita?

Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Fimie Don

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.