Ingatkan budak-budak je yang kena ada bantal busuk untuk buat senang tidur, rupa-rupanya orang dewasa ni pun masih ada ‘harta karun’ tersebut.
Siapa sangka, penyanyi Andi Bernadee yang sering menjadi penghibur di laman Instagram miliknya itu rupa-rupanya mempunyai bantal busuk!
Perkara itu diakui sendiri oleh Andi di laman Instagram miliknya selepas beliau ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
“Selama aku hidup 30 tahun, aku tak pernah kena tahan wad. Apa yang aku bawa harini ialah… Ni bantal hikayat saya, saya perlukan bantal ni untuk tidur yang optimum. Dan ini pula bantal peluk saya.”
“Kenapa saya perlukan bantal peluk, sebab saya perlukan bucu ni supaya dapat tidur yang cepat, boleh gentel. Bantal hospital tak nikmat sangat.”
Perkara itu bertambah lucu apabila Andi turut memuat naik satu video reels di Instagram menunjukkan bagaimana beliau menggentel bucu bantal tersebut sebelum tidur.
View this post on Instagram
Aduh Andi ni, ada-ada sahaja lah hiburan beliau ni!
Rata-rata peminatnya turut terhibur melihat aksi penyanyi lagu Satu Peluang itu dan mereka turut khuatir dengan keadaannya di sana.

Namun dalam masa yang sama, sebab mengapa Andi dimasukkan ke hospital masih lagi tidak dapat dikenal pasti.
Apa pun, semoga Andi cepat sembuh dan dapat tidur yang lena bersama dengan bantal busuk tersebut!
Sumber foto dan video: Instagram Andi Bernadee