Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Buat Persembahan Pakai Baju Kurung, Peminat Suka Lihat Gaya Bunga Isme Penuh Sopan

today30 March 2021

Background

Baju kurung merupakan pakaian tradisional orang Melayu sejak turun temurun dan sehingga kini masih lagi menjadi kegemaran para wanita tak kira tua atau muda.

Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari atau lebih dikenali sebagai Bunga Isme merupakan seorang penyanyi rap wanitaΒ  yang sering tampil dengan imej baju kurung.

Daripada awal kemunculannya dalam dunia seni sehingga kini, baju kurung sering menjadi ‘sahabat baik’ penyanyi kelahiran Slim River, Perak ini.

Ketika membuat persembahan di pentas Famili Duo pada 28 Mac lalu, Bunga kelihatan sopan memakai baju kurung sambil menyampaikan lagu Intan Payung bersama dengan Noraniza Idris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini @ Bunga (@bungaisme)

Sebelum ini, Bunga turut menjadikan baju kurung sebagai identiti dirinya ketika membuat persembahan di pentas atau pun di dalam Music Video.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut meninggalkan komen pujian atas imej yang ditampilkan oleh penyanyi lagu Apedehal itu.

Rasanya Bunga seorang je penyanyi yang selalu pakai baju kurung bila buat persembahan kan?

Bagus juga macam tu, sekurang-kurangnya beliau dapat bawa identiti Malaysia di mata orang lain kan.

Sumber foto: Instagram Bunga Isme

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Nonny Nadirah Padam Gambar Seksi

Sosial

Nonny Nadirah Padam Gambar Seksi

Isu & Kontroversi Sebelum ini foto yang dikongsi oleh Nonny Nadirah, telah menjadi bualan β€˜hangat’ netizen. Bukan itu sahaja, perkongsian itu turut meraih pesanan daripada rakan-rakan industrinya. Artikel Berkaitan :β€˜Aku Yakin IG Dia Kena Hack’ – Niezam Zaidi Respon β€˜Penampilan Baru’ Nonny Nadirah Artikel Berkaitan :Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Nonny Nadirah Ubah Penampilan? Artikel Berkaitan :β€˜Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah... Klik […]

today30 March 2021