Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Buat TikTok Sama-Sama, Ramai Terhibur Tengok Muka Terpaksa Suami Elizabeth Tan

today11 June 2021

Background

Waktu musim total lockdown ni, mesti ramai menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan orang tersayang.

Pada yang baru berkahwin, sudah semestinya waktu begini digunakan untuk mengenali isteri atau suami masing-masing.

Begitu juga dengan penyanyi Elizabeth Tan yang kini dilihat telah mengheret suaminya iaitu Siew Jim untuk menari di aplikasi TikTok!

Baca juga artikel berkaitan: Bosan PKP Sampai “Tertonggeng”, Elizabeth Tan Akui ‘Tak Tahu’ Mahu Buat Apa Lagi

Video tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Lizzy di laman Instagram miliknya sehingga membuatkan ramai terhibur melihat aksi pasangan suami isteri ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Mana tidaknya, Siew Jim kelihatan seperti terpaksa menarik di belakang Lizzy tetapi beliau tetap mampu tersenyum mengikut rentak lagu tersebut.

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut menyebut tentang wajah terpaksa suaminya itu sehingga ada yang memuji keserasian mereka berdua.

Okay, nampaknya dengan ini dengan secara rasminya para lelaki Melayu dah boleh move on dengan Lizzy ya!

Baca juga artikel berkaitan: Belum Bersedia Timang Anak, Suami Elizabeth Tan Tidak Kisah Isteri Terima Komen ‘Nakal’

Sumber foto dan video: Instagram Elizabeth Tan

Written by: Ainaa Hafizah