Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Buat Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri, Zizan Razak Mahu Cepat Kahwin!

today15 April 2021

Background

Zizan Razak ialah seorang selebriti tanah air yang sering diajukan soalan mengenai jodoh.

Bersempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-37 tahun pada 15 April 2021, pelakon dan pelawak tersebut telah memuat naik satu hantaran melalui Instagram beliau.

Baca artikel berkaitan: Nak Ikut Trend Nyanyi Lagu Viral TikTok, Tapi Zizan Razak Bagi Lirik Sentap Pula…

Zizan telah menulis ucapan hari jadi untuk dirinya sendiri pada ruangan caption.

“Assalamualaikum. Ucapan HAPPY BIRTHDAY BUAT MU MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK. Semoga terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmati mu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur. Segala usaha mu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin amin amin.
#happybirthday #zizanrazak”

Beliau berharap agar terus mendapat kejayaan dan sentiasa menghiburkan orang ramai.

Selain memohon untuk kesejahteraan hidupnya, Zizan juga berharap dapat bertemu jodoh secepatnya.

Dalam pada itu, ramai rakan-rakan selebriti meninggalkan ucapan mereka buat Zizan.

Semoga tercapai hasrat Zizan untuk bertemu jodoh secepatnya.

 

Sumber: Instagram Zizan Razak

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

bodyguard

Sosial

Ingkar Arahan Majikan Kerana Mahu Berpuasa, Dua ‘Bodyguard’ Dibelasah Dan Diacu Pistol

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Baru sahaja memasuki Ramadan dan nampaknya kita dikejutkan dengan berita dua lelaki beragama Islam yang telah dibelasah dan diacu pistol hanya kerana diketahui majikan sedang berpuasa. Menurut laporan polis yang dikongsikan, semuanya bermula di sebuah kondominium di Kuala Lumpur di mana seorang majikan bernama Mr Chung Cheeyang yang berbangsa Cina bertanyakan kepada dua pengawal peribadi beliau sama ada... Klik […]

today15 April 2021