Sebelum ini, pelakon Izara Aishah pernah memuat naik satu twit di laman Twitter miliknya bersuara tentang isu Instafamous yang menjadi pelakon segera di kaca televisyen.

Disebabkan twit tersebut, netizen menyifatkan ia ditujukan kepada Instafamous Sharifah Rose yang juga merupakan bekas kekasih kepada adik ipar Izara iaitu Aazief Khalid.
Secara tiba-tiba satu video TikTok yang dimuat naik oleh Rose bersama dengan pengarah Nizam Zakaria telah dihujani dengan komen negatif oleh sebilangan netizen.
@sharifahrosesOne with Mr. Director @nizam.zakaria ##fyp
Ada antara mereka mempersoalkan bakat lakonan Rose dan menyifatkan beliau sebagai seorang pelakon kayu yang tidak layak beraksi di hadapan lensa kamera.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyuruh Rose untuk hanya menjadi model sahaja berbanding menceburi bidang lakonan.


Drama yang dilakonkan oleh Rose itu akan menampilkan beliau sebagai heroin bersama dengan Redza Rosli menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary.
Cuma apa yang menyedihkan ialah netizen dengan mudah mempertikaikan lakonan Rose walaupun hakikatnya mereka masih belum lagi menonton drama lakonannya itu.
Nak kritik tu tak salah cuma jangan sampai cakap yang bukan-bukan ya.
Baca juga artikel berkaitan:
 Persoalkan Instagram Famous Jadi Pelakon, Netizen Beri Pandangan Kepada Izara Aishah
Bidas Komen Netizen, Izara Aishah Tidak ‘Bitter’ Dengan Rezeki Berlakon Instafamous Sharifah Rose
Sumber foto dan video: Instagram dan TikTok Sharifah Rose