Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Buat Video TikTok Macam Dengan Boyfriend, Peminat Seronok Tengok Siti Nordiana Bersama Anak

today25 February 2021

Background

Sekali tengok video Siti Nordiana ni, ingatkan tengah dating dengan boyfriend baharu, rupa-rupanya dengan anak bujangnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie.

Disebabkan sekarang ni tengah trend video TikTok, nampaknya Siti Nordiana atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nana itu turut tidak mahu ketinggalan mengikut trend terkini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Nana baru-baru ini telah memuat naik satu video pendek selepas disunting dengan lagu yang terkenal menerusi aplikasi tersebut sambil menunjukkan moment indah beliau bersama dengan Rayyan keluar ‘dating‘ berdua.

Ramai peminatnya turut terhibur melihat aksi anak beranak itu kerana Rayyan kelihatan agak malu-malu ketika berada di hadapan kamera.

Rayyan yang kini sudah berusia 13 tahun kelihatan sangat matang dan nampaknya lepas ni Nana pun bakal kalah dengan ketinggian anaknya itu.

Confirm lepas ni akan ada banyak lagi video Nana dengan Rayyan dekat TikTok kan?

 

Sumber foto dan video: Instagram Siti Nordiana

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Ampang Prima

Sosial

Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka, Kanak-Kanak Berusia Satu Tahun ‘Dikompaun’ RM100

Lebih setahun pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, pastinya orang ramai cukup faham dengan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung penularan wabak merbahaya ini. Terbaharu, tular sebuah kes yang dikatakan berlaku di sebuah kondominum di Ampang, Selangor dimana pihak pengurusan telah mengkompaun terhadap seorang kanak-kanak berusia satu tahun di dalam lif gara-gara tidak memakai pelitup muka. Sumber: Facebook Ayu Mitsugi Lebih menghairankan... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 February 2021