Sehingga hari ini, seluruh rakyat Malaysia tidak berhenti memberikan sokongan kepada saudara sesama Muslim di Palestin yang sedang bertarung nyawa mempertahankan tanah air mereka.
Ramai selebriti Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk menyebarkan kesedaran kepada umum tentang situasi sebenar yang sedang berlaku ketika ini.
Begitu juga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak melepaskan peluang membuat video tanda sokongan kepada rakyat Palestin, cuma ada tersilap sedikit sahaja dalam video tersebut.
Mungkin berlaku kekeliruan antara warna bendera Palestin dengan bendera Sudan jadi disebabkan itu beliau tertukar bendera kedua-dua negara berkenaan.
Pada awal video, Aliff telah menggunakan bendera yang betul namun selepas itu beliau tertukar dengan bendera Sudan pula sehingga membuatkan ramai warganet menegur perkara itu.

Namun tindakan usahawan merangkap personaliti media sosial itu juga turut dipuji ramai kerana berani menunjukkan tanda sokongan kepada umum.
Apa yang lebih melucukan ialah ibu Aliff iaitu Bonda Rozita turut tidak ketinggalan meninggalkan komen ‘kecaman’ pada posting tersebut kerana terdapat typo pada ejaan nama negara Palestin pada video tersebut.
Beliau turut sempat memberi amaran kepada anaknya itu supaya tidak mengeluarkan sebarang lagu baharu sebagai tanda sokongan.
Diharapkan selepas ini jangan lah ada yang tertukar bendera pula lagi ya.
Sumber foto dan video: Instagram Aliff Syukri