“one by one got cancelled and the only thing i can wonder is, when is my turn. selama 4 tahun buat content, ini first time aku tak enjoy buat video. i read so many articles, thread yg puji memuji sampai aku sendiri malu and segan nak baca. I can’t live up to that expectation”
Dalam proses kehidupan manusia, tidak selamanya seseorang itu akan berada di puncak dengan kesenangan dan kejayaan yang diraih.
Ada kalanya diuji merasa berada di dasar roda kehidupan ketika di bawah.
Jalan kehidupan kadangkala memang tidak seiringan dengan apa yang kita harapkan, kekecewaan terbesar dalam hidup selalunya berlaku apabila terlalu tinggi meletakkan harapan.
Memuat naik ciapan di Twitter, selebriti masakan Khairul Aming akui dirinya risau dengan segala harapan yang diletakkan dibahunya bakal musnah dan remuk jika beliau kelak melakukan sebarang kesalahan.
Nama Khairul Aming semakin dikenali ramai setiap hari dek kehebatannya dalam menghasilkan video masakan yang menarik dan berkualiti hasilnya.
Bukan sahaja sering dihujani pujian oleh warganet, beliau juga menerima lebih daripada 3 juta pengikut di laman Instagram miliknya.
Menyifatkan Khairul Aming sebegai seorang yang rendah diri, beliau merasa seakan-akan tidak selesa akan harapan atau pujian yang diterimanya setiap hari, hal yang demikian kerana bukan mudah untuk disukai dan bukan susah untuk dibenci.
Jelasnya, beliau amat menghargai setiap sokongan yang diterimanya, namun beliau berharap agar diberi ruang untuk bebas berkarya tanpa mengikut sebarang telunjuk daripada mana-mana pihak.
“I think kita patut bagi pada Khairul Aming sedikit ruang kot. Terlalu banyak yg impikan dia jadi begitu begini. Dia pernah luahkan kegusaran dia dalam thread beberapa minggu lepas. Dia sendiri kata dia akan buat silap in future dan kita semua sedia maklum budaya ‘cancel’ macam mana”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka di bebenang ciapan terbabit.
Luahan Khairul Aming kali ini telah ‘didengari’ ramai oleh pengikutnya di mana sedikit sebanyak dapat memberi ‘hint’ akan apa yang dirasa setelah bergelar sebagai individu terkenal.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membiasakan diri dengan budaya taksub, kerana ia bakal mengundang kekecewaan daripada sesetengah pihak.
Alahai kesian Khairul Aming, jangan risau okay, teruskan menghasilkan video-video masakan yang buat orang terliur setiap waktu tengah hari ye.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Twitter Khairul Aming