Umum mengetahui pada tanggal 22 Februari 2021, bermulalah pertempuran pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah berbulan-bulan tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.
Begitu juga dengan anak lelaki kepada pelakon terkenal Norman Hakim, iaitu Danish Hakim yang sedang membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan besar itu nanti.
Terbaharu, Norman mengadakan majlis doa selamat untuk Danish dan berkongsikan perkara itu di laman Instagramnya :
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kaspyen :
“Solat jemaah & doa selamat ‘kita2 aje’ sempena Abg @danishhakimofficial nak start exam SPM 22/2/2021 ni. Cabaran ‘psikologi’ buat Danish & semua pelajar2 form 5 tahun 2020 sepanjang tahun lepas hingga ke tahun ni. Doa kami buat Abg Danish & juga buat pelajar2 form 5 yg lain akan sentiasa mengiringi kalian semua Aamiin Ya Rabb??❤️”
Melihat di dalam video berkenaan, seluruh keluarga Norman termasuk bekas isterinya, Abby Abadi berkumpul untuk bersolat jemaah dan doa selamat bersama-sama.
Apa yang mengundang sebak adalah apabila melihat mereka memeluk satu sama lain, seronok melihat keluarga ini penuh dengan kasih sayang.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut mendoakan Danish serta adik-adik yang bakal menduduki SPM itu nanti :
All the best Danish!
Sumber : Instagram Norman Hakim
Baca artikel berkaitan : Versi Berbeza Bagi Takdir Yang Tertulis, Norman Hakim Berterima Kasih Buat Memey, Abby Dan Jai