Hot FM

Calon SPM Nampak ‘Matang’, PU Azman Terima Komen Lucu Kerana Berpakaian Sekolah

Bersempena bermulanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada 22 Februari 2021, ramai selebriti telah memuat naik foto beserta ucapan semangat untuk calon-calon SPM di media sosial mereka.

Tidak ketinggalan, pendakwah selebriti PU Azman juga berkongsi satu foto untuk tujuan itu melalui Instagramnya pada 21 Februari 2021.

Melalui caption:-

“Ok ok, cik man tak nak nganjing korang dah. Ni cik man teman semangat korang tuk esok. Sanggup keluarkan gambar ni balik. Tapi foto ni masa dah tua jugak la.

Semangat tau !
Doa.
Makan cukup.
Tidur cukup. Sapa tahu, bila bangun, result keluar esok.

Kalau rasa tak ikhlas ambik spm esok, tangguh dulu yuk.

lepas last paper, jom kapel ?”

Walaupun gaya bahasa beliau seperti bergurau, namun PU Azman sebenarnya mahu para calon untuk menjaga diri dan terus semangat untuk SPM.

Namun berdasarkan foto yang dimuat naik, pemakaian seragam sekolah oleh beliau menarik perhatian ramai.

Di ruangan komen, ada yang merasakan beliau kelihatan kacak dengan pakaian itu.

Selain itu ada juga komen yang memberitahu bahawa PU Azman nampak terlalu matang dengan seragam berkenaan.

Apapun, yang penting adalah mesej yang ingin beliau sampaikan.

Semoga para calon SPM dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya.

 

Baca artikel berkaitan: Padah Buat Live Ketika Baring, PU Azman Terpaksa Dihubungi Kerana Tertidur

Sumber: Instagram PU Azman 

Exit mobile version