Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Cantik Bertudung Litup, Ramai Doakan Ameera Khan Kekal Istiqomah

today12 April 2021

Background

Tanggal 26 Mac merupakan tarikh bermakna dalam hidup Ameera Khan apabila beliau kini sekali lagi telah tampil dengan imej bertudung.

Walaupun bertudung, tetapi itu tidak membuatkan Ameera berhenti membuat kerjanya yang lain antaranya ialah sebagai seorang model dan juga usahawan muda.

Semenjak sudah bertudung, Ameera sering tampil dengan baju yang longgar serta gaya tudung yang trendy sehingga membuatkan ramai tertarik dengan gaya terbaharunya itu.

Menerusi posting terbaharunya, Ameera tampil cantik memakai busana berwarna biru pastel bersama dengan tudung berwarna putih bagi menghadiri majlis perkahwinan teman rapatnya.

Rata-rata yang meninggalkan komen turut memuji kecantikan gadis kacukan Melayu, Arab dan Pakistan itu serta turut mendoakan supaya beliau terus istiqomah dalam menutup aurat.

Tak dinafikan gadis berusia 21 itu sememangnya memiliki raut wajah yang jelita.

Semoga Ameera terus istiqomah dalam mencari hidayah Allah.

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Wonder Woman!” – Perempuan Ini Selamba Buka Balang Tanpa Bantuan Lelaki Pun. Wow!

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut kagum melihat aksi wanita tersebut.Malah, ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh membuka penutup balang dengan mudah dan apakah sains di sebaliknya.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 25.7K retweets dan 210.9K likes di Twitter.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

today12 April 2021