Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Cepatnya Perut Didi Membesar…” Didi Astillah Dipuji Cantik Walaupun Ketika ‘Hamil’

today15 April 2021

Background

“Baru Buka Puasa Dah Buncit…”

Dikenali miliki tubuh badan yang ramping, pelakon dan penyanyi kelahiran Sabah ini Didi Astillah atau dengan nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah tetap meraih pujian walaupun memuat naik gambar serta video seolah-olah sedang hamil.

Video menari TikTok yang dimuat naik di laman Instagram, Didi dengan berpakaian seperti wanita yang berbadan dua tetap kelihatan cergas dan bertenaga walaupun sedang ‘bekerja’ di bulan Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DA (@didiastillah)

caption:

“Preggy lageyyyyyy ??? Macam mana puasa first day korang? Okay tak tuuuuu? ada semangat mcm tiktok ni tak? ?”

Penampilan beliau dalam aksi menari TikTok kali ini mungkin terlihat sedikit berbeza kerana bukan menjadi kebiasaan buat Didi untuk kelihatan ‘memboyot’ sedemikian rupa.

Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa situasi nakal yang mungkin dapat dikaitkan mengenai perut yang kelihatan ‘hamil setelah kondisi perut selepas berbuka puasa.

“Aku kalau bukak puasa automatic perut pregnant mcm 7 bulan oiii…takde orang nak cakap aku cantik ke weii hahahahah mau taknye makan roti john lahh.. tu tak pikir bedal ayam panggng madu lagi perghhh sodapp betui!!”

Menjelang musim Ramadan ini, sudah pasti menjadi satu kebiasaan buat orang ramai untuk menyiapkan makanan yang pastinya enak-enak belaka atau keluar membeli makanan di bazar Ramadan yang berdekatan.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet yang melihat aksi beliau terhibur dengan tarian TikTok yang dilakukan walaupun masih ada yang tidak mengetahui bahawa video terbabit diambil setelah Didi selesai melakonkan watak sebagai ibu mengandung.

Hal yang demikian dapat dijelaskan menerusi Insta Story Didi Astillah, beliau telah memuat naik video di set penggambaran dalam salah satu drama yang sedang dilakonkan.

Didi Astillah yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Bella Astillah sememangnya mempunyai kulit wajah yang putih dan gebu membuatkan si cantik manis ini tetap kelihatan cantik walaupun sedang ‘hamil’.

Jadinya, kalau nak tahu kita ni nampak cantik tak ketika ‘hamil’, tunggu lah waktu berbuka puasa nanti ya, masing-masing boleh check perut depan cermin tengok comel macam Didi Astillah ke tak.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Didi Astillah

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Eksklusif Di iQiyi, Drama Bersiri ‘Shah Alam 40000’ Ini Buat Penonton Tak Senang Duduk

Datin Seri Azlina seorang wanita bekerjaya yang mempunyai bisnes kafe sendiri tapi tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawannya, Azlina membuka gim sendiri sebagai marketing untuk buat bisnes baru iaitu makanan kesihatan untuk lelaki.Rose dan Shafinaz pelik kenapa Azlina nak rahsia bisnes gim tersebut rupa-rupanya Azlina pernah ada skandal dan hampir bercerai dua tahun lepas. Sebab itu dia terpaksa rahsiakan perkara tersebut daripada suami sendiri.Manakala, Datin Rose pula isteri... Klik sini untuk baca […]

today15 April 2021