Hot FM

“Confirm Bukan!” Naim Daniel Jumpa Seorang Lelaki Mirip Jow Flizzow, Kali Ini Bukan Penjenayah

Semenjak 19 April lalu, telah tular satu video berdurasi hampir 30 saat menunjukkan empat lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta sebuah kenderaan di Klang.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1383766943539228681

Keempat-empat suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes samun hingga mendatangkan kecederaan kepada dua orang mangsa.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah salah seorang suspek tersebut kelihatan seperti penyanyi rap terkenal iaitu Joe Flizzow sehingga membuatkan ramai membuat troll terhadap video tersebut.

Lebih menarik lagi apabila Joe sendiri turut meninggalkan respons terhadap foto dan twit daripada warganet.

Dalam masa yang sama, penyanyi Naim Daniel turut ‘turun padang’ untuk mengesahkan sendiri tentang kesahihan perkara tersebut.

Beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki yang turut berkepala botak di sebuah lokasi dan lebih melucukan beliau sempat melakonkan semula adegan berkenaan.

Ramai netizen turut terhibur melihat aksi tersebut dan meninggalkan komen yang melucukan.

Fuhh, nasib baik Joe sporting boleh respond pada video tersebut dan tak mengamuk semula, tak pasal-pasal semua lelaki botak terlibat sama ya.

Sumber foto dan video: Instagram Naim Daniel

Exit mobile version