Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Copy Paste Perangai,” Syatilla Melvin Berat Hati Nak Pergi Kerja Tengok Shaheizy Sam Dan Sarima Menangis

today2 March 2021

Background

Ibu mana yang sanggup nak tinggalkan anak menangis dekat rumah?

Tapi nak atau taknak sebagai ibu bapa mereka perlu berkorban demi untuk membahagiakan dan memberi keselesaan hidup kepada anak-anak.

Bagi pelakon Syatilla Melvin, bekerja merupakan tanggungjawab baginya untuk menyara kehidupan bersama dengan suami iaitu Shaheizy Sam.

Disebabkan itu Syatilla atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tilla itu berasa berat hati untuk meninggalkan anak bongsunya iaitu Sarima Samheizy bersama dengan Sam di rumah di saat beliau keluar bekerja untuk mencari rezeki.

Kalau anak menangis sebab mak nak pergi kerja tu faham la juga, tapi kalau suami pula yang menangis tu macam mana kita nak cerita ya?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Video pendek yang dimuat naik oleh Tilla turut menunjukkan Sarima menangis kesedihan melihat ibunya pergi bekerja sambil disaksikan oleh Sam yang juga hampir ‘menangis’ di hadapan pagar rumah.

Keletah mereka anak beranak turut menghiburkan ramai pengikutnya di laman Instagram dan menyifatkan keluarga mereka ini merupakan keluarga yang happening.

Seperti yang kita tahu, Tilla kini sudah bergelar usahawan selepas perniagaannya bersama dengan ahli keluarganya mendapat sambutan ramai.

Semoga kita semua terus kuat bekerja demi keluarga yang tersayang okay!

Sumber foto dan video: Instagram Syatilla Melvin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post