“Ahhh…Oh man that i could admire with this point of view..May you meet your soulmate who is smart and strong and that could complement you one day, Ben!”
Tak kekok bercakap soal cinta walaupun sudah berumur 30-an, pelakon Ben Amir lebih matang dan mengamalkan sifat keterbukaan dalam urusan pemilihan jodoh buat dirinya.
Meskipun pelakon tampan ini jarang terpalit akan sebarang kontroversi murahan seperti dakwaan gosip hangat mempunyai hubungan intim dengan gadis Perak namun kisah cintanya dengan aktress jelita Uqasha Senrose dahulu pernah menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
Tambahan pula, dengan imej berambut panjang, Ben Amir atau dengan nama sebenarnya Muhammad Amin Sabaruddin sering membuatkan peminatnya menjadi tidak keruan.
Walau bagaimanapun, status Ben Amir yang dikatakan masih solo ini membuatkan ramai yang ingin tahu ciri-ciri kekasih idaman yang mampu menambat hati jejaka malaya ini.
Terbaharu, memuat naik ciapan di Twitter, Ben Amir tampil membongkar mengenai dirinya sebenarnya lebih gemar akan wanita bijak dan mampu membantu mendorongnya untuk menjadi lebih baik serta keluar dari zon yang selesa dalam kehidupan.
Only weak men fear strong women. Smart and strong women excites me. Push me to be better, out of my comfort zone. Live your dreams and fly high ladies ❤️ https://t.co/oeKC4SJLWP
— Ben Amir (@BenAmirr) June 9, 2021
Hantaran yang dibuat itu sedikit sebanyak menolak mengenai dakwaan video yang tular bahawa perempuan perlu merendahkan tahap intelektualnya ketika berada bersama pasangan agar mudah memperoleh jodoh.
Video berkenaan tular dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon terkenal seperti Ben Amir. Dalam perkongsiannya, dia memaklumkan hanya lelaki yang lemah sahaja takut dengan wanita yang kuat.
Mengetahui bahawa Ben sendiri tidak menyukai wanita yang mempunyai ego yang tinggi namun dia meluahkan bahawa dirinya sangat mengalu-alukan gadis yang mampu memberi nasihat dan kata-kata hikmat kepada seorang lelaki tanpa perlu segan-silu.
Menurut sumber sebuah laman portal, Ben Amir telah mendedahkan secara terperinci mengenai ciri-ciri wanita idaman yang dicari-carinya namun masih belum ketemu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kejantanan Ben Amir kerana tampil menolak dakyah bahawa perempuan harus menjadi “bodoh” untuk lelaki itu membuatkan ramai wanita di luar sana telah jatuh hati padanya selain menghargai pendapat sebagai seorang jejaka.
Siapa sahaja tidak jatuh cinta kalau sudah begini pesonaliti yang ditampil oleh pelakon ini, berikutan luahan Ben Amir mendokong para wanita, ramai pula gadis berseloroh mahu mengajak beliau untuk berkahwin.
“Pergh baik aku je kahwin dengan Ben Amir ni, matang pun matang…handsome pun handsome!”
Selain itu, pelakon tampan ini juga telah menasihati para wanita di luar sana untuk tetap mengejar impian mereka dan ‘terbanglah’ setinggi mungkin demi mencapai cita-cita dan membanggakan orang-orang tersayang.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Twitter Ben Amir