Hot FM

Dato Aliff Syukri Teruja Followers Di TikTok Hampir 500 Ribu, Netizen Tegur Tak Kena Usia

Kebelakangan ini aplikasi TikTok semakin menjadi kegilaan ramai.

Bukan sahaja popular dalam kalangan personaliti media sosial dan selebriti, tetapi semua yang terlibat datang daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri yang tidak ketinggalan melibatkan diri membuat video-video tarian di TikTok.

Baru-baru ini Dato Aliff Syukri memuat naik satu hantaran di laman sosial Instagramnya mengucapkan terima kasih pada yang mengikuti dirinya di akaun TikTok.

“Thanks yg suport sy, abg baru belajar tiktok.. Ramai yang nak tahu apa nama TikTok saya ..dekat sini saya kongsikan my id tiktok the only 1.. saya baru saja buat akaun TikTok tak sampai lima bulan harap korang sudi Like dan dan follow TikTok saya” – tulis Dato Aliff

Selepas lima bulan membuka akaun TikTok, nampaknya Dato Aliff berjaya meraih sehingga hampir 500,000 pengikut.

Wow bukan biashe-biashe ya!

Akan tetapi apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan warganet kurang senang melihat Dato Aliff membuka akaun TikTok kerana dianggap tidak sesuai dengan usianya.

Alahai it’s okay lah guys, mungkin TikTok merupakan salah satu cara Dato Aliff untuk berhibur.

Sementara itu, mengikuti perkembangan Dato, dua peguamnya dilaporkan merayu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa undang-undang itu sebelum ini.

Exit mobile version