Menjadi seorang pelakon bukan lah perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan emosi seseorang ketika menyampaikan watak dalam lakonan.
Pelakon Eira Syazira nampaknya telah berjaya membuat seorang pelakon cilik iaitu adik Eden menangis teresak-esak sampai tak boleh berhenti!

Menurut Eira adik Eden merupakan seorang kanak-kanak yang susah untuk menangis walaupun dah kena marah, tetapi nampaknya Eira telah berjaya menjatuhkan air mata si cilik itu.
View this post on Instagram
Eira kelihatan menengking Eden sehingga membuatkan si kecil itu menangis dan tidak mampu berhenti.
Kesian tengok Eden, sampai merah muka dan mata tahan menangis, sudahnya tak boleh berhenti pula air mata tu!
Rata-rata pengikut Eira tumpang berasa kasihan melihat keadaan Eden yang menangis seperti itu sehingga ada yang turut bergenang air mata.

Begitu lah pengorbanan seorang anak seni, nak jayakan watak punya pasal sampai terpaksa tengking anak orang lain ya!
Apa pun, memang real lah tengok lakonan Eira tu sampai rasa nak marah balik pun ada!
Sumber foto dan video: Instagram Eira Syazira