Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Depan Teacher Tu Makanan Ke?” Tasha Manshahar Kongsi Video Mengajar Online Buat Ramai Terhibur

today17 February 2021

Background

Seperti yang kita tahu, tidak semua selebriti di Malaysia menjadikan kerjaya seni sebagai kerjaya utama mereka kerana ada segelintir daripada itu mempunyai pekerjaan lain untuk menyara diri dan keluarga.

Begitu juga dengan bekas penyanyi Tasha Manshahar yang kini sudah bergelar seorang guru Bahasa Inggeris sepenuh masa di sebuah sekolah kerajaan di Melaka.

Ketika ini, semua pelajar sekolah masih lagi menjalani online class atau lebih dikenali sebgai Open and Distance Learning (ODL) kecuali pelajar yang akan mengikuti peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan lain.

Sama sahaja seperti guru yang lain, Tasha masih lagi mengajar secara online dari rumah demi mendidik anak-anak muridnya.

16 Februari lalu, Tasha ada kongsikan satu video pendek menunjukkan keletah Tasha ketika mengajar anak muridnya secara online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

Walaupun Tasha sering tampil dengan imej sopan santun, jelas disitu menunjukkan sisi garang di dalam dirinya ketika sedang mengajar.

Rata-rata komen yang ditinggalkan berasa terhibur melihat cara Tasha mengajar dan ada juga yang berasa ‘takut’ sekiranya mempunyai guru yang garang sepertinya.

Untuk pengetahuan, Tasha kini sudah bersara daripada dunia seni dan baginya minat terhadap nyanyian sudah perlahan-lahan pudar selepas empat tahun bergelar warga pendidik.

Dalam masa yang sama, selepas memiliki cahaya mata hasil perkahwinan bersama suami, Raqib Majid pada tahun 2018 yang lalu Tasha mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarganya.

Fuhh tapi rasanya kalau dapat belajar dengan Tasha mesti, sementara tengah mengajar tu boleh la minta belanja satu lagu kan?

Sumber foto dan video: Instagram Tasha Manshahar

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Tinggal Anak Panas Berpeluh Dalam Kereta, Wanita Ini Beri Nasihat Untuk Ibu Bapa

Menerusi video yang dikongsi oleh Ummul Atika, dia ketika itu sedang berjalan ke sebuah kedai sebelum ternampak seorang kanak-kanak ditinggalkan di dalam kereta yang berkunci dan tingkap tidak dibuka."Tadi pergi kedai, bila dah parking perasan ada budak tengah duduk dalam kereta berkunci sorang-sorang. Tak pasang aircond, tak bukak tingkap. Ummul risau sangat sebab budak tu dah berpeluh-peluh lencun tengah terik macam ni, takut dia pengsan""Ummul ketuk pintu suruh dia bukak […]

today17 February 2021