Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Dia Perjuangkan Islam” Mawar Rashid Rasa Simpati, Tidak Mahu Neelofa Kena Penjara

today20 May 2021

Background

Seperti sedia maklum, nama selebriti Noor Neelofa sememangnya semakin panas diperkatakan kini sehingga ada pihak yang sudah naik bosan dengan berita yang sama.

Di media sosial kini terdapat satu petisyen mendesak supaya selebriti tersebut dikenakan hukuman penjara atas semua kesalahan yang telah dilakukannya itu.

Tetapi perkara itu sama sekali tidak dipersetujui oleh pelakon Mawar Rashid yang bertindak membela nasib Neelofa daripada dikenakan tindakan sebegitu.

Menurut komen yang ditinggalkan oleh Mawar di sebuah portal hiburan tempatan, Neelofa tidak sepatutnya dipenjara kerana beliau sering memperjuangkan hak orang Islam.

Namun mungkin kerana turut dikecam, komen yang ditinggalkan oleh Mawar itu telah dipadam.

Pada 20 Mei , Neelofa dan suaminya PU Riz dilihat telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kes rentas negeri bertujuan membeli karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Baca juga artikel berkaitan: Asyik Nama Neelofa Naik Isu Langgar SOP, Warganet Mahu Selebriti Lain Turut Dikenakan Tindakan

Difahamkan mereka berdua mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan MySejahtera dan telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi PU Riz manakala RM5,000 bagi Neelofa.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tetap perlu dikenakan tindakan undang-undang yang adil.

Baca juga artikel berkaitan:

“Undang-Undang Kartun” Netizen Luah Rasa Berang Dengan Kenyataan PDRM Tentang Isu Ziarah Raya Neelofa

Sumber foto: Instagram BH Online

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post