Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dijangka Bersalin Awal Ramadan, Peminat Teka Tarikh Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Bersalin

today13 April 2021

Background

“Wow tak sabar nak tunggu adik lelaki Afiyah keluar…eee mesti comel muka ikut datuk K pulak ni hahahahah saya teka bersalinya dalam minggu ni jugak 17 April…Jumaat kot?”

Memuat naik video ucapan bersempena menyambut bulan Ramadan tahun ini, Malaysian Sweetheart, Dato’ Siti Nurhaliza mohon untuk menyebut namanya dalam setiap doa agar proses bersalin anak keduanya yang bakal dilahirkan tak lama lagi berjalan dengan sempurna.

Setiap penampilan yang dibuat oleh penyanyi manis ini sering menjadi tumpuan umum, apatah lagi dalam kondisi beliau yang sedang sarat mengandung dan hanya menunggu waktu kelahiran sahaja telah menimbulkan banyak teka-teki mengenai tarikh sebenar kelahiran anak kedua penyanyi itu.

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Bersempena Ramadan kali ini, debaran pasti kian terasa dan pasti terasa berbeza buat penyanyi tersohor ini setelah terdahulunya berjaya menimang cahaya mata pertama selepas penantian hampir 11 tahun, namun kini tibalah saat-saat yang ditunggu-tunggu bagi kelahiran anak keduanya pula yang jantinanya sudah dikenal pasti iaitu seorang bayi lelaki.

Menurut sumber Harian Metro, Dato’ Siti Nurhaliza telah memilih awal Ramadan ini untuk melahirkan anak keduanya itu.

Jika dahulu, Malaysia mungkin pernah menerima ‘kejutan’ kelahiran anak pertama, Siti Afiyah yang kini sudah berusia 2 tahun itu, namun pada kali ini, penyanyi kesayangan negara ini tampil lebih awal bagi mengumumkan yang beliau bakal melahirkan anak keduanya menjelang awal Ramadan.

Meninjau di ruangan komen Instagram milik Dato’ Siti Nurhaliza, rata-rata peminat turut meluahkan rasa teruja dengan kehadiran bakal adik lelaki Afiyah serta menitipkan doa agar segala urusan bersalin dipermudahkan.

Menurut Dato’ Siti Nurhaliza menerusi sebuah laman portal, beliau pernah menjelaskan bahawa bayi dalam kandungan itu merupakan kembar kepada anak sulungnya kerana anak dalam kandungannya merupakan embrio yang terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

Wah! Pasti Afiyah seronok kan tak lama lagi akan dapat ‘kawan’ baru, apa-apa pun semoga kelahiran anak kedua Dato’ Siti Nurhaliza yang bakal lahir tak lama lagi berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan ‘afiah’.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

‘Please Don’t Lie To Me’ – Chef Wan Pernah Minta Menantu Jujur Dari Awal

April 13th, 2021 | by AmatIsu & Kontroversi Semalam, bekas isteri kepada suami Serina Redzuawan iaitu Meor Aidid telah membuat laporan mengenai dakwaan dia berkahwin kali kedua dan dimadukan tanpa kebenaran isteri pertama. Aidid bagaimanapun telah tampil menjelaskan dakwaan tersebut di mana dia telah sah bercerai dengan isteri pertama pada 9 Mac lalu sebelum bernikah bersama Serina. Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Terima I Seadanya..’ – Serina Redzuawan Selamat Bernikah Artikel... […]

today13 April 2021