Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Dikatakan Sedang Hamil, Ini Jawapan Elizabeth Tan

today6 April 2021

Background

Penyanyi Elizabeth Tan sudah bergelar seorang isteri setelah beliau disatukan bersama pasangannya dengan bersaksikan ahli keluarga dan kenalan rapat.

Namun beliau yang juga mesra disapa Lizzy itu, belum lagi berkongsi foto di hari perkahwinannya secara rasmi di media sosial.

Baru-baru ini pula, penyanyi tersebut dikatakan telah hamil.

Ia berdasarkan satu hantaran di Instagram beliau ketika bergambar bersama pelakon Angeline Tan sebelum ini, yang dikatakan menampakkan Lizzy seakan-akan sedang hamil.

Menjawab persoalan tersebut, Lizzy telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 5 April 2021.

Melalui hantaran itu, Lizzy menafikan perkara berkenaan dengan menulis pada ruangan caption “Saya tak pregnant ?”

Ha, Lizzy pun dan menjawab persoalan ramai tu.

Semoga yang baik-baik saja untuk Lizzy selepas ini kerana para peminat pun tumpang gembira dengan perkembangan baik daripada beliau.

 

Baca artikel berkaitan: “Kahwin Ke Tak, Lizzy Tetap Sama” Ramai Lelaki Luah Rasa Kecewa, Mahu Elizabeth Tan Berhenti Beri Harapan

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Kisah ‘Golongan Kayangan’ Dalam Shah Alam 40000. Tonton Secara Eksklusif Hanya Di iQiyi!

Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, beliau yakin drama ‘Shah Alam 40000’ dapat menarik minat penonton dan menyaksikannya secara atas talian di mana sahaja berada."Kami sangat gembira kerana usaha sama dengan iQiyi meneruskan tradisi kami dalam mengembangkan dan berkongsi program terbaik seperti ‘Shah Alam 40000’ sekaligus meluaskan kadar pengguna premium bukan sahaja di Malaysia. Pelakon yang hebat, drama yang... Klik sini untuk baca artikel […]

today5 April 2021