Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dilihat Masih Berduka, Alyah Terpanggil Untuk Beri Semangat Kepada Nabila Razali

today17 March 2021

Background

Masih belum reda, nama penyanyi Nabila Razali disebut-sebut setelah berakhirnya Anugerah Juara Lagu (AJL) 35.

Persembahan Nabila melalui lagu Peluang Kedua pada malam anugerah itu mendapat reaksi ramai setelah beliau dikatakan tidak cukup bersedia untuk AJL 35.

Seakan masih terkesan dengan perkara berkenaan, Nabila telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada awal pagi 17 Mac 2021.

Hantaran itu sekadar disertakan dengan emoji patah hati.

Terpanggil untuk memberi semangat, penyanyi Datin Alyah pada tarikh sama telah memuat naik satu perkongsian melalui laman sosial tersebut.

Melalui caption:-

“Salam subuh ??
Terpanggil utk berckp tentang adik kita yg lawa dan peramah ni.(byk kali jumpa dia akan sapa kita dulu)”

Alyah memuji keperibadian ‘adiknya’ kerana dilihat seorang yang menghormati orang lain.

Beliau juga memberitahu, kekalahan yang bermaruah apabila seseorang itu sudah melakukan yang terbaik.

Keberanian yang ditunjukkan Nabila juga adalah sesuatu yang hebat.

“Kalah seorang serikandi.
Dia kalah bermaruah.
Dia jalankan tugas dia dgn sehabis baik.
Seumpama dia berlari ke medan perang dgn pedang yg tumpul.
Bukan pedang tu yg harus kita lihat.
tapi keberaniannya turun kemedan perang itu yg harus dipandang.

TAHNIAH adik @nabila.razali”

Alyah juga mahu Nabila melihat perkara yang berlaku daripada sudut positif.

“??? pandang positive
Kamu lebih diingati dari yg lain.
Bukti sampai ke hari ini semua masih berckp mengenai kamu ? (tak kisahlah buruk atau baik)”

Namun, ada persoalan yang diutarakan beliau di hujung tulisannya.

“Cuma nak tanya je?
Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka…
Saya berckp berdasarkan pengalaman.
Situasi berbeza dipentas yg sama.
Sekian terima kasih…”

Bagaimanapun, persembahan itu sudahpun berlalu.

Segala kekurangan sepatutnya dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit pada masa akan datang.

Nabila sudah melakukan yang terbaik, semoga beliau tidak mudah berputus asa.

 

Baca artikel berkaitan: Elak Cyberbully, Instagram Nabila Razali Terus Dihujani Kata-Kata Semangat

Sumber: Instagram Alyah dan Nabila Razali

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Man City tekad akhiri badi Eropah

Budapest: Pep Guardiola menggesa pemain Manchester City melupakan kegagalan dalam saingan Liga Juara-Juara yang lalu selepas menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-0 dan mara ke suku akhir dengan agregat 4-0, pagi tadi. Liga Juara-Juara satu-satunya trofi yang masih menghantui Guardiola apabila City tidak pernah melepasi saingan lapan terakhir sepanjang lima tahun dia mengendalikan kelab itu. Tetapi pendahulu Liga Perdana berpeluang menamatkan badi bulan depan apabila menjadi salah satu... Klik sini untuk baca […]

today17 March 2021