Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Dilihat Mesra Bersama, Nadia Brian Dan Nazim Othman Diharap Bertemu Jodoh

today12 May 2021

Background

Sama cantik sama padan, pelakon Nadia Brian dan Nazim Othman akan membuat kemunculan bersama dalam sebuah telemovie khas raya yang berjudul Takdir Yang Tertunda.

Telemovie itu bakal ditayangkan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri iaitu 13 Mei 2021 jam 2 petang di TV3.

Namun antara yang menarik perhatian, satu hantaran Nadia melalui Instagramnya menunjukkan foto-fotonya bersama Nazim yang mana mereka dikatakan sesuai jika bergandingan di dunia nyata.

Baca artikel berkaitan:

“Baik Pilih Ita,” Nazim Othman Puji Kecantikan Dan Bakat Iman Suhana

Sepadan! Peminat Teruja Lihat Zizan Razak Dan Nadia Brian Bersama

Ini kerana kemesraan yang terpamer dalam foto-foto tersebut yang menampakkan chemistry mereka bersama.

Bagaimanapun jika sudah kerjayanya sebagai pelakon, mestilah watak yang dibawa pun kena kelihatan real, betul tak?

Apapun gandingan mereka ini juga diperkatakan oleh para peminat yang menulis di ruangan komen.

Anda pula rasa macam mana, sepadankah mereka?

 

Sumber: Instagram Nadia Brian

Written by: Hasanah Yusof


Previous post