Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…

today30 March 2021

Background

Siapa agaknya gerangan gadis misteri yang telah memeluk Neelofa selepas majlis pertunangannya bersama dengan PU Riz pada 1 November lalu?

Untuk pengetahuan, gadis tersebut dikenali sebagai Shakira Ismail Norbat merupakan adik kandung kepada PU Riz ya.

Shakira dilihat memeluk erat Neelofa dan turut menahan sebak selepas majlis pertunangan tersebut selesai.

Beliau turut berada di dalam vlog yang dimuat naik oleh Athisha Khan di laman YouTube miliknya.

Untung Shakira, abangnya kahwin dengan Neelofa, terus dapat ramai ipar duai perempuan ya!

Sekali pandang muka Shakira ni pun ada iras-iras macam ahli keluarga Neelofa yang lain kan?

Dalam masa yang sama, Shakira turut kelihatan cantik memakai busana serba putih ketika majlis perkahwinan penuh gilang gemilang tersebut.

Maklumat tambahan, Shakira juga aktif di aplikasi TikTok dan sering kongsikan tips fesyen kepada para gadis di luar sana.

Apa pun, harapnya lepas ni dapat la tengok Shakira dalam video family Neelofa, maklumlah tak puas tengok kecantikan yang dimiliki olehnya!

Baca juga artikel berkaitan:

Sedih Sangat Sampai Tersasul, Tangisan Adik Neelofa Buat Ramai Peminat Rasa Sebak
Didakwa Berada Di Langkawi, Netizen Persoal Cara Neelofa Dan Suami Rentas Negeri

Sumber foto: Instagram Shakira dan YouTube Athisha Khan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

StixFresh Kekalkan Kesegaran Buah & Tahan Lebih Lama

Untuk menghasilkan buah-buahan yang segar dan tahan lama, pelbagai cara dan inovasi telah dilakukan oleh ramai pihak. Salah satunya ialah penciptaan pelekat seperti StixFresh. Tahukah anda, pelekat ini boleh mengekalkan kesegaran buah-buahan. Bukan itu saja, buah-buahan yang ditampal dengan pelekat ini juga akan tahan lebih lama. Kehebatan inovasi pelekat ini telah diketengahkan dalam World Economic Forum baru-baru ini. Lihat video penuh itu di bawah: 

today30 March 2021