Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dini Schatzmann OCD, Janna Nick Dedah Cabaran Perlu Dilalui Dengan Kekasih

today1 March 2021

Background

Pasangan sedang hangat bercinta iaitu pelakon Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann tidak perlu diperkenalkan lagi.

Mereka bersikap terbuka dengan berkongsi kisah cinta di media sosial.

Terbaharu pada 1 Mac 2021, Janna telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Hantaran itu menceritakan tentang cabaran yang dihadapi beliau dalam menjalin hubungan cinta dengan Dini.

Melalui caption:-

“Don’t lose your present
to your past.

Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi.
Kontra ya amat.
Awal awal perkenalan dulu, gaduh je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.
Dia OCD, aku jenis bersepah
( bersepah je la bukan pengotor )
Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah,
Makan dalam kereta tak boleh.
So aku jadi rimas.
Sebab selama aku hidup takde orang control hidup aku.
( sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan , lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama )
So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku.
Of course jiwa raga aku rasa memberontak.?”

Mendedahkan Dini seorang yang mempunyai obsessive-compulsive disorder (OCD), Janna mengakui mereka banyak bergaduh ketika di awal perhubungan.

Selain itu, Dini juga merupakan seorang yang overthinker.

 “Lepas tu dia ni sejenis OVERTHINK teruk!
Dia akan fikir satu satu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress.
Uish stress wei dengan orang yang overthink ni.
Macam kau dah takde advise dah nak bagi untuk dia relax.
Ayat aku selalu cakap
“relax ok, jangan kerut sangat muka tu”

Janna berkata, kekasihnya tersebut sukar membuat keputusan.

Malah cara pemakanan yang berlainan menambahkan lagi perbezaan cara hidup mereka.

“Lepas tu, INDECISIVE !
( dia akan confuse gila bila nak buat keputusan )
Nak beli barang, nak order makanan, nak beli baju.. eh macam macam lah !
Paling yang aku terpaksa jadi fake adalah, bab makanan!
Ye…cara kitaorang makan, sangat lah berbeza yer.
Aku ni makan la segala jenis mak nenek.
Dia ni masa awal awal dulu , VEGAN!
( vegan, yang makan daging/ ayam tipu tipu tu )
Bayangkan, dating pun aku kena pura pura aku suka makan makanan dia. Padahal OK OK je lah.”

Namun, pelakon tersebut mengingatkan bahawa setiap orang dibesarkan dengan cara berbeza.

Oleh itu, sangat penting untuk mencari titik penyelesaian antara mmereka.

“Pendekkan cerita,
banyak lagi perbezaan dari segi mentality & upbringing. Kalau aku nak cerita tak cukup lah karangan dekat instagram ni.
Tapi, point yang aku nak bagitau.
Cara kita membesar, persekitaran,didikan,pengalaman yang menjadi kan kita manusia yang berbeza.
Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.
Kau tak boleh salah kan masa silam dia,
Kau tak boleh ungkit kelemahan dia.
Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.
Yang ada pengalaman pahit / sejarah hitam dalam hidup tu..tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau.”

Bagaimanapun mesej utama daripada Janna ini menarik perhatian.

“KUNCI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH:
MENGALAH JE DENGAN PEREMPUAN.?”

Ramai yang meninggalkan komen untuk perkongsian ini.

Semoga pasangan sama cantik sama padan ini akan berkesudahan di jinjang pelamin!

 

Baca artikel berkaitan: Janna Nick Kembali Aktif Di Instagram, Dini Schatzmann Tampil ‘Back Up’ Kekasih

Sumber: Instagram Janna Nick

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Syok Tunjuk Cara Pakai ‘Masker’ Kunyit Dalam Video, Lelaki Gelabah Muka Jadi Kuning Terus

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki pada mulanya ingin berkongsi bagaimana cara memakai masker kunyit pada muka.Dia juga dilihat mengambil seketul kunyit untuk melakukan demo itu dan kemudian terus menonyoh pada bahagian muka dan pipi dengan agak kuat sekali.Sebelum itu, dia menumbuk kunyit tersebut sehingga lumat dan selepas itu menyapu pada wajahnya. Dia juga memberitahu mukanya agak sedikit pedih kerana sebelumnya lesung itu digunakan untuk membuat sambal... Klik sini untuk […]

today1 March 2021