Site icon Hot FM

Dipuji Tidak ‘Bakar’ Duit Beli Hadiah Merapu, Influencer Azfar Heri Beli Taman Buat Ibu

“Hadiah paling tak buang duit sekali, berbaloi”

Bukan susah untuk menguntumkan senyuman buat manusia yang bergelar ibu.

Biarpun apa jua panggilan seperti “emak, ummi mummy, amma” atau apa jua gelaran manja diberikan kepada mereka, tetap kasih sayang yang dicurahkan oleh golongan ini tidak ada tolak bandingnya.

Meskipun sesetengah individu beranggapan, membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat ibu atau ayah itu merupakan satu pembaziran, ada yang berpendapat bahawa cukuplah sekadar seikhlas hati dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai rezeki yang melimpah-ruah, setiap anak pastinya menyimpan hasrat untuk membalas segala jasa dan pengorbanan ibu dan ayah.

Di tengah pandemik penularan wabak Covid-19 ini, niat untuk membelanjakan keluarga makan di luar semestinya menjadi larangan namun memberi atau mengirimkan bunga sewaktu Hari Ibu pula sudah menjadi kebiasaan, malah daya tahan bagi sejenis bunga sebagai hadiah mungkin tidak akan tahan lama.

Oleh itu, memuat naik gambar perkongsian di laman Instagram, Influncer Azfar Heri telah memilih untuk menghadiahkan ibunya sebuah taman indah siap dipersembahkan dengan hiasan dekorasi nyaman pohon-pohon hijau di ruang hadapan rumah.

Siapa sangka, pohon kehijaun sahaja sudah memadai buat ibu tercinta untuk merasai ketenangan dan menghirup udara nyaman.

Memperincikan proses itu, Azfar Heri menjelaskan dekorasi yang dihasilkan itu adalah khas buat ibunya yang amat mencintai akan kehidupan malar hijau.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut Azfar Heri ini memuji tindakan beliau kerana terlihat tidak membazir membeli sesuatu barangan yang tidak berfaedah dan dikatakan berbaloi.

“Alhamdulillah…anak yang baik…pokok-pokok kalau kita tanam dia berzikir untuk kita, semoga hadiah ni dapat jadi asbab ganjaran pahala untuk ibu dan azfar sekeluarga!❤️ ❤️ ❤️”

Meskipun wang ringgit bukan pengukur nilai kasih sayang buat ibu, namun hargailah mereka setiap hari tanpa mengira waktu atau masa.

Tidak dinafikan, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, keluarga lebih banyak meluangkan masa di rumah, oleh itu halaman rumah yang bersih dan nyaman dapat mengurangkan tekanan mahupun stress yang mungkin dihadapi oleh mereka yang merasa seperti “terkurung”.

Yey! best lah Azfar Heri nanti boleh OOTD depan rumah waktu raya nanti kan?

Apa-apa pun semoga ibu Azfar Heri dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Azfar Heri

Exit mobile version