Hubungan baik antara ibu dan anak semestinya menjadi salah satu kebahagiaan buat semua orang lebih-lebih lagi ketika si anak sedang dalam proses membesar.
Seperti biasa, kemesraan hubungan antara usahawa jutawan Dato’ Seri Vida bersama dengan anak perempuannya iaitu Cik B sering menjadi perhatian ramai kerana keletah mereka yang sangat melucukan.

Terbaharu, Cik B telah melarang DSV untuk membuat pembedahan plastik selepas usahawan itu menyunting fotonya dengan menggunakan filter.
“Apa ma? Tak boleh, tak cantik! Dah macam Barbie doll, Cik B dah la tak suka Barbie doll! Tak boleh, dosa!”
Video yang dimuat naik oleh Cik B itu membuatkan ia bertambah lucu dan comel apabila DSV menundukkan kepalanya selepas Cik B menyebut perkataan ‘dosa’ sekiranya membuat pembedahan plastik.
Ramai peminat Cik B meninggalkan komen memuji cara Cik B bergurau dengan ibunya dan mengatakan betapa lucunya seorang ibu meminta kebenaran daripada anaknya untuk membuat sesuatu perkara.
Maklum lah, sekarang ni bagi DSV, anak-anak merupakan harta yang tak ternilai dan sudah semestinya ia lebih berharga daripada wang ringgit.
Semoga hubungan mesra antara DSV dan anak-anaknya akan menjadi contoh kepada kita semua dalam membina keluarga bahagia.
Sumber foto dan video: Instagram Cik B