Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Duriankimchi Junior Bakal Lahir, Ryzal Ibrahim Terkesima Dapat Tahu Maryam Hamil 3 Bulan

today9 April 2021

Background

Perkataan Duriankimchi yang terhasil kerana penyatuan cinta Ryzal Ibrahim dari Malaysia dan Maryam Younarae dari Korea Selatan, akan mewujudkan Duriankimchi Junior.

Ia setelah pasangan itu berkongsi berita baik tentang kehamilan Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Baca artikel berkaitan: Mahu Tiru Aksi Mawar Rashid Dan Suami, Ryzal Terjatuh Gara-Gara Maryam

Melalui caption:-

“Maryam Hamil 3 Bulan!

Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.

Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.

Duriankimchi Junior bakal menyusul ?
Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.”

Berdasarkan video yang dimuat naik di Instagram, Ryzal kelihatan terkesima dengan berita tersebut kerana risau jika ianya hanyalah satu prank.

Ini kerana pasangan bintang media sosial tersebut selalu memuat naik kandungan-kandungan video yang berbentuk gurauan.

Namun Maryam cuba meyakinkan suaminya akan kebenaran hal berkenaan.

Sementara itu, ruangan komen perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat Ryzal dan Maryam.

Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.

Semoga Maryam diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjaga kandungan tersebut sehingga hari bersalin nanti.

Kami di Hot FM juga ingin ucapkan tahniah buat mereka!

 

Sumber: Instagram Duriankimchi dan Maryam Younarae

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

cover FB 6

Sosial

Ini 6 Perkara Norma Baharu Sepanjang 2020 Yang Rakyat Malaysia Boleh ‘Relate’

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Sedar tak sedar, dah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu. Bukan hanya gaya hidup, malah macam-macam perkara yang dah berubah semenjak dunia dilanda wabak COVID-19. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir kan? Tetapi apa-apa pun, satu hari nanti mesti kita akan kenang semula peristiwa ini dan ceritakan pada anak cucu. Jom kita lihat antara perkara-perkara norma baharu […]

today9 April 2021