Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) yang disiarkan pada 14 Mac 2021 sudahpun melabuhkan tirainya dengan lagu berjudul Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki dinobatkan sebagai juara.
Naib juara pula menjadi milik lagu Semalam nyanyian dan ciptaan Aina Abdul, sementara lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita menduduki tempat ketiga.
Bagaimanapun di sebalik kegembiraan para pemenang, tersingkap kesedihan yang dialami oleh penyanyi Nabila Razali.
Menyampaikan lagu berjudul Peluang Kedua, Nabila menerusi laman Instagram miliknya memohon maaf kepada pencipta lagu berkenaan iaitu Hael Husaini dan MFMF.
“I’ve tried my very best… I’m so sorry,”
Menjengah ke ruangan komen di laman YouTube pula, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Nabila dan reaksi positif yang lain.
Apa-apa pun, Hot FM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Nabila! Semoga terus maju ke hadapan dan berjaya pada masa akan datang.
Sumber foto: Instagram Nabila Razali