Kebanyakan pelakon yang membawa watak kekasih di dalam drama yang dilakonkan oleh mereka mesti akan membuatkan ramai peminat berasa teruja sehingga mengharapkan ‘hubungan’ itu akan dibawa ke dunia realiti.
Begitu juga yang terjadi kepada pelakon Aedy Ashraf yang mana ramai peminatnya mahukan beliau bercinta dengan pelakon Daiyan Trisha selepas mereka membintangi sebuah drama.
Permintaan itu juga disebabkan oleh foto yang dimuat naik oleh Aedy sendiri di laman Instagram miliknya yang menampakkan beliau telah tag nama Daiyan di kawasan dadanya pada foto tersebut.
Disebabkan itu, ruangan komen mereka dipenuhi dengan kata-kata ucapan dan permintaan daripada peminat masing-masing.
Tapi kalau tak salah Aedy sudah mempunyai kekasih hati dan Daiyan sendiri pernah dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Ben Amir.
Namun sebagai penonton atau peminat, jangan lah kita mengharapkan sesuatu yang mustahil daripada para pelakon.
Maklum lah, soal hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa kan.
Baca juga artikel berkaitan: